GURU OH GURU
Zatul Huda Abdul Karim February 8 at 10:09pm
~ Ada 5 jenis guru yg disebut oleh Imam al-Ghazali iaitu mursyid, mudaris, muaddib, muallim, dan murabbi.
~ mursyid : petunjuk
~ mudaris : pemudahcara
~ muaddib : memiliki sifat-sifat terpuji
~ muallim : pemberi ilmu
~ murabbi : mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik, mengembangkan, menyuburkan dan membesarkan
~ Tetapi peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama.
~ Teringat saya akan kata-kata Tuan Hj Hassan bin Ahmad, Guru Besar Sek. Keb. Permatang Janggus, Kepala Batas semasa beliau ke sekolah saya memberikan motivasi kepada guru-guru di sekolah saya:
~ Bermula PAKSA DIRI
~ Lama jadi BIASA
~ Selalu jadi SELESA
~ Seterusnya bina BUDAYA
~ Akhirnya sampai BERJAYA
~ Hidup Merasa BAHAGIA
~ Gurindam beliau tentang sikap guru juga cukup sinis :
~ Kalau guru menunggu arah
Semua kerja kena kerah.....
~ Kalau guru kurang bersedia
Dalam kelas banyak bercerita......
~ Kalau guru tidak merancang
Dalam kelas banyak temberang......
~ Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tidak tahu punca.........
~ Kalau guru sentiasa sibuk
Kelas jadi hiruk pikuk..........
# Lantaran itu, kita mestilah mempunyai budaya kerja yang berkualiti.....kerana......
~ Kita sebenarnya bukanya MALAS tetapi tidak punya
~ OBJEKTIF YANG TEPAT......
~ TUJUAN yang JELAS......
~ MATLAMAT yang BENAR.......
~ JALAN yang BETUL.......
~ AMALAN yang IKHLAS.......
~ PASTIKAN KITA MEMPUNYAI KEKUATAN & KETAHANAN DIRI dalam APA JUA KEADAAN.
ORANG CEMERLANG
Aku terlihat
Orang cemerlang di mana-mana
Aku terdengar
Orang Cemerlang di pelusuk dunia
Aku tersua
Orang cemerlang di sini jua
Orang cemerlang
Hidupnya waras berimbang
Tiada rasa gusar, bimbang
Apa lagi berhati walang
Ke mana pergi fikirannya segar berkembang
Orang cemerlang
Hatinya bersih, katanya lembut
Tiada bisa di bibir mulut
Kerja ikhlas bukan pak turut
Bahu memikul, tangan bersambut
Fikirannya tenang, tidak berserabut
Semangat cekal rapat bertaup
Orang cemerlang
Sekali melangkah tidak ke belakang
Walau terima surat layang
Sekali berjuang ia tetap berjuang
Orang cemerlang
Hidup berdikari, teguh jati diri
Tepat pada janji, tidak sekali mungkiri
Berkata benar, tidak bersembunyi
Jauh sekali menyakiti hati
Walaupun ia dicemburui
Orang cemerlang
Kerjanya bersungguh-sungguh
Arahan dan etika sentiasa dipatuh
Pegangan dan prinsip tetap teguh ..tetap utuh...
Digodam dihentam tidaklah rapuh
Orang cemerlang
Hidupnya penuh makna
Tidak dibuai mimpi lena
Bukan bodek sini bukan bodek sana
Tidak juga terpesona
Emas permata laksana kaca
Atau
Manis madu racun berbisa
Yang menghancurkan diri
Dan keakraban kita semua
Orang cemerlang
Tidak lupa tikar sembahyang
Tidak lepak-lepak, jarang sembang-sembang
Sayang.....
Masa dan wang terbuang-buang
Orang cemerlang
Ingin menggapai awan gemilang
Ingin mendaki puncak gemilang
Nah........
di sini dikau dijulang
Kerna jasa dan bakti yang kau sumbang
Orang cemerlang
Tidak kenal putus asa
Biar pahit getir melanda
Ganjaran dan balasan bukan dipinta
Cuma..........
Ia mahu hidup sejahtera
Syukur nikmat daripada yang ESA.....
Subscribe to:
Posts (Atom)